Tuesday, August 5, 2008

Kembara Andalusia 1

Ahad,22 Jun 2008

Hari terakhir di Fes,Maghribi.Puas sudah berjaulah di sini walau dalam tempoh yang singkat. Sengal-sengal badan baru dirasai.Tubuh terasa segar dek tidur yang cukup semalam. Pengembaraan harus diteruskan.Handluggage dan beg sandang disiaga.Pada jam 9.45 pagi,iaitu selepas hotel check-out, ana disertai Auntie Maziah dan Auntie Zahrah menaiki teksi merah menuju ke stesen kereta api diikuti dengan Antie Aisyah iaitu ibu kepada seorang sahabat,Shahirah, dan sahabat yang lain.6 keping tiket ke Tonjah ditempah.Ana,Shahirah,Kak Ayu,Auntie Maziah,Auntie Aisyah dan Auntie Zahrah akan meneruskan pengembaraan ke negara Sepanyol yang terletak di seberang utara Maghribi iaitu Sepanyol.Sahabat ana Aisyah,Zahirah,Hanisah dan Syazwani pulang ke wilayah asal.Sedih pula berpisah dengan mereka.Seminggu lagi kita bertemu ya.

Perjanan T Perjalanan keTonjah mengambil masa selama 5 jam.Bertolak dari Fes pada pukul 10.50 pagi.Tiket mencatat ada transit di Sidi Qasim.Kami berenam menduduki sebuah gerabak.Alhamdulillah,selesa. Mengimbau memori di Fes.Menikmati pemandangan bandar Fes dari atas bukit,melawat Burj Syimal,membeli belah sakan di Bab Boujlod,menghirup udara malam di Bandar Fes,semuanya menjadi kenangan yang sangat indah.Sejurus,mata terlelap walaupun tidak nyenyak kerana sebentar lagi kami akan tiba di Sidi Qassim.

Keretapi menuju ke Tonjah sudah menanti sejurus kami tiba di Sidi Qassim.Sepantas mungkin,segala beg diheret pindah ke gerabak keretapi itu.Seperti biasa,tenaga amat diperlukan ketika kerja angkut mengangkut beg.Ana,Shahirah dan Kak Ayu mesti bertindak sebagai heroin.Kami mesti menolong auntie-auntie mengheret handluggage mereka.Wah,sangat mencabar pengembaraan ini memandangkan kami semua kaum hawa.Apa sangatlah kudrat yang ada.Namun,semangat pengembaraan telah menjana tenaga kami.Alhamdulillah,dapat gerabak yang berhawa dingin.

Tempoh perjalanan memakan masa 3 jam.Tiba di Tonjah tepat jam 3.45 petang.Kami bergegas ke bangunan stesen keretapi mencari surau untuk bersolat jama’ taqdim zohor-asar.Alhamdulillah,terasa segar wajah bila terkena air.Hilang rasa kantuk dan lesu. Tidak sampai sejam,kami terus mencari teksi untuk ke pelabuhan feri.Maka,bermulalah cerita pengembaraan kami ke Sepanyol.Tidak diizinkan oleh Allah taala untuk mudah segala urusan.Kami reda.Di pintu gerbang masuk ke pelabuhan.Teksi kami ditahan.Ditanya oleh polis datang itu dan ini.Ya,adat pelancong.Kami menjawab segala soalan setenang mungkin(dah tahu perangai kebanyakan polis di sini yang suka berlagak.Kata budak muda sekarang,bajet best.Langsung tiada senyuman)Segala passport diceknya.Alhamdulillah.lepas.

Tiba Masa untuk mencari tiket feri termurah.Kak Ayu dan Shahirah tukang cari tiket.Ana menemani auntie-auntie.Setelah keluar masuk dari semua pondok agensi tiket ,tiket termurah yang ada bernilai Dirham 345 seorang.Wow!Kata penjual tiket,harga tiket semasa musim saif memang mahal.Sangat diterima akal kerana musim saif adalah musim pelancong.Tanpa berbicara banyak,kami membayar harga tiket.Tiket ke Sepanyol kini di genggaman!

Masal Masalah tidak berhenti di situ.Tiba di imigresen,ana,Shahira dan Kak Ayu menghadapi masalah passport.Visa kami telah tamat tempoh.Tapi kami punyai kad pengenalan negara Maghribi.Pegawai wanita yang menjaga imegresen meminta kami turun ke tingkat bawah berjumpa pois untuk mendapatkan cop.Berlari kami menuju ke tingkat bawah.Rasa risau menyesak dada.Mujur ada senyuman ramah dari pegawai polis berkenaan.Berbicara fushah pula.Ibarat seorang bapa,beliau melayan kami.Alhamdulillah,urusan dipermudahkan.Moga Allah merahmati kamu pak polisi!

Usai me Usai melepasi pemeriksaan kastam,kami menuju ke feri.Hampir sejam beratur.Terasa asing kerana sekeliling kami semuanya orang bukan islam.Semuannya tidak berhijab.Tidak bimbang malah bangga kerana kami sahaja berhijab termasuk seorang dua rakyat Maghribi.Kami tidak dipandang sinis pun.Malah,mereka menghadiahi kami dengan senyuman mesra. senyuman.

“D an di " Diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui."

Surah Surah Ar-Rum(makkiyah):ayat 22

K Kami menaiki fast ferry.Hanya mengambil masa setengah jam berbanding feri biasa,2 jam. Berbondong-bondong manusia di dalam feri.Alhamdulillah,dapat duduk dengan selesa akhirnya.Penghawa dingin sedikit sebanyak melegakan wajah yang hangat.Sempat juga bergambar berlatarkan lautan biru sebelum feri berlepas.Segar sungguh bayu laut. Enjin feri berderu untuk mula berlepas.Kepala jadi pening.Tekak juga mual.Wah,lama tak naik kenderaan laut rupanya.Duduk diam sahaja dalam feri.Pening lihat orang lalu lalang.Melayan bayi mat salleh di sebelah,lagi menyeronokkan.

Berbo Menjejakkan kaki di Algeciras,Sepanyol tepat jam 8.30 malam,a.k.a 7.30 malam waktu Maghribi Maghribi. Hari masih cerah.Sekali lagi menghadapi kastam.Mudah dan ramah pegawainya.

Enjin feri b Bas ke Bandar Algeciras telah menunggu kami.Nyaris-nyaris ditinggalkan kerana kami orang terakh melalui pemeriksaan kastam.

Wa kt Perjalanan kurang sejam ke pusat bandar menghidangkan pemandangan senja yang cukup indah.Kincir angin kelihatan berderet-deret di atas bukit nan hijau.Flash kamera para pelancong di dalam bas tidak henti-henti merakam lukisan alam yang cukup memukau.Subhanallah.

Menjejak k Kami diberhentikan di tempat yang tak pasti.Hasrat bertolak ke Sevilla pada malam ini terpaksa dibatalkan kerana kehabisan tiket.Kami merangka plan B,iaitu tidur semalaman di hotel dan terus ke Granada keesokannya.Zainab dan anak kecilnya yang menetap di Sevilla turut menyertai kami(Mereka berasal dari Maghribi).Dengan bantuan Zainab yang fasih berbahasa Sepanyol,kerja mencari hotel menjadi mudah.Alhamdulillah,hikmah bertemu dengan Zainab.Kami memilih Hotel Marrakesh(Marrakesh adalah nama salah satu negeri dalam Maghribi).Pekerjanya juga seorang Maghribi.Sangat senang berurusan kerana beliau berbahasa A Arab.

Kos sekepala lebih kurang 17 Euro semalam.Boleh tahan.Alhamdulillah selesa.3 orang auntie ditempatkan satu bilik.Ana,Kak Ayu,Shahira,Zainab serta anaknya sebilik.Kasihan anak Zainab,tidur sejak tadi.Kelihatan sangat penat.Tubuh ana juga menagih rehat.Setelah membersihkan diri,letak sahaja kepala di atas bantal,sudah tidak ingat apa-apa.Esok pasti menjanjikan pengalaman yang kian menarik lagi mencabar.Bersambung……

Kami dihen

Akhirnya,k

“Maka ap Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”

Surah Al-Hajj(Madaniyah):ayat 46

Bas ke Ba

Perjalanan

Pemandangan sebahagian Bandar Fes dari atas bukit


Bab Boujlod..tempat kami bershopping


Masjid Qurrawiyyin..masjid yang terkenal di Fes


Selamat tinggal Fes...pengembaraan diteruskan ke Tonjah


Pelabuhan feri di Tonjah


Lautan Atlantik kami redah..


Hola Espana!Tiba di pelabuhan feri di Algeciras,Sepanyol


Senja melabuhkan tirainya...Pengembaraan hari esok pasti kian mencabar...