Tuesday, November 20, 2007

Fatrah Imtihan,fatrah yang mencemaskan?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini...
Sahabat semua dah tanya,bila nak update blog?Ha,ni ana dah update.Maaf ya kepada pembaca setia,penyakit malas datang melanda lah...

Hmmm..Sekarang Universiti El-Khamis,Rabat berada dalam fatrah imtihan.Kebanyakan pensyarah mencari peluang membuat kelas tambahan untuk mengejar silibus.Pelajar pula sibuk mencari nota lengkap,ulangkaji,selesaikan urudh,dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan imtihan.Ha..termengah-mengah semua..

Sebut saja imtihan atau bahasa ibundanya peperiksaan.mesti terbayang di kepala kita sesuatu yang menggerunkan.Jarang sekali orang melompat riang apabila mendengar perkataan imtihan(ada ke?).Mesti rasa seram sejuk je bila dengar perkataan ini termasuklah ana.hehe..

Kenapa perlu imtihan?
Imtihan memang perlu untuk menguji tahap kefahaman kita tentang sesuatu pelajaran dan melihat keupayaan kita mengaplikasi ilmu yang dipelajari,dan supaya kita sentiasa ingat akan ilmu itu. Tapi,kenapa orang boleh lupa sesuatu pelajaran selepas habis imtihan?Sebab mereka mahu lulus imtihan semata-mata.Rugilah mereka.Belajar kerana bukan kerana imtihan,kerana ilmu!

Berbalik kepada topik asal.Betul ke fatrah imtihan fatrah yang mencemaskan?Tidak bagi semua orang.Contoh terdekat adalah adik ana sendiri.Bila imtihan tiba dia tak pernah merasa cemas.Lagaknya biasa saja.Siap boleh tidur cukup(dalam erti kata lain,terlebih tidur) dan meluangkan sedikit masa untuk menonton televisyen.Masa ulangkaji untuk peperiksaan keesokan harinya,hanya diperuntukkan kurang dua jam.Pelik juga ana.Cemburu pun ada.Tapi ana tahu rahsianya.Dia telah menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas ketika guru mengajar.Dia faham sepenuhnya pelajaran melalui pertanyaan dan latihan.Kalau diberi kerja rumah,dia buat sesempurna yang mungkin,bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.Apa yang perlu dihafal,dihafalnya dengan faham.Dan hasilnya,cemerlang!

Abang selalu nasihat,jangan study last minutes,nanti makan diri.Hehe..kadang-kadang,ana buat juga..(penyakit yang ana benci,tapi buat juga).Ingat pengalaman dulu2,last minutes punya pasal,dah tak cukup tidur.Last2 blank dalam dewan peperiksaan.Apa yang dihafal,tak ingat.Lepas peristiwa itu,ana tak buat dah.Takut blank lagi!

Sekarang,ana ambil kos dirasat islamiyyah di universiti di Morocco.Kos ini memang memerlukan kefahaman dan hafalan,lebih-lebih lagi,semua subjek dalam bahasa arab.Penguasaan Bahasa Arab yang masih tidak kukuh,memerlukan penghafalan gaya bahasa jika ingin menjawab dengan baik dalam imtihan.Tapi,apa yang lebih penting di sini,adalah kefahaman.Kadang-kadang ustaz faham dengan apa yang ingin kita sampaikan walaupun struktur ayat tunggang terbalik.Ana rasa,lebih baik kita faham dan buat ayat kita sendiri dari tak faham dan menghafal nota yang diberi ustaz.Tapi,kalau kita menghafal untuk menghasilkan jawapan yang baik dan kita faham,itu adalah yang paling baik.(Lagi bagus kalau kita belajar buat ayat sendiri dengan baik kan?)

Dapat disimpulkan di sini,fatrah imtihan bukanlah satu fatrah yang mencemaskan.Tapi kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya.Bersedialah dari awal,pasti kita tenang menghadapinya.Perbanyakkan solat sunat dan berdoa agar Allah permudahkan jalan kita,permudahkan kita menghadapi segala imtihan di dunia ini.Dan yakinlah,man jadda wa jadda.Selamat menghadapi imtihan.......

Jalan mujahadah ini banyak cabarannya..Tenanglah dalam menghadapinya...

Saturday, August 25, 2007

Rehlah Tautan Kasih HELWI

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t...Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita masih dapat mengecapi nikmat kehidupan.Alhamdulillah..

Jumaat baru-baru ni, HELWI telah menganjurkan satu program bersama akhowat iaitu rehlah di tepi pantai Mohamedia sambil berbarbeku.Memang seronok tak terkata...

Seawal pukul 8.00 pagi,kami bertolak dari rumah.Banyak jugalah bekalan yang dibawa.Sebelum sampai di tempat yang dijanjikan,ana tersesat.(macamanelah boleh tersesat....ehe...).Sebenarnya,tak tahu nama tempat.Dah sesat baru tahu.(ish3...).Nama tempat tu,Manish Manjush.Sedap juga namanya..:)
Dah sampai,ana dan Zahirah terus sewa payung besar.1 payung=15 dirham.Bolehlah tahan..Pagi ni,orang masih tak ramai.Mana boleh tahan tengok pantai yang cantik ni.Apa lagi,kami pun turunlah ke dalam laut tu.Best...Seperti yang dijangka,makcik-makcik lebih hebat dari Safiyyah...ehe....Kesian Safiyyah...kesejukan dia...Seronok betul tengok dia main air.Nanti cerita kat papa ye...
Lepas beberapa minit,kami naik.Buat ucapan sikit,bergambar,sarapan...kemudian turun lagi dalam laut...ehe...Ana suka tengok je...Sambil2 tu,rakam gelagat kawan2.Hai makcik2...memang kalah Safiyyah..Sebahagian lagi,bakar bbq.Ada ayam,ikan,dan kentang.Alhamdulillah,api senang hidup.Membakar,berbual,makan,bergaduh,main dengan Safiyyah,bergambar..macam2 gelagat ketika itu.Ana pula sibuk rakam aksi2 menarik..Memang menarik lah..Rasa manisnya ukhuwah ketika itu..:)
Menjelang tengahari semakin ramai orang datang.Pelik jugalah..Kenapalah tengahari baru nak datang.Tak ke panas?Apa-apa pun tabiat orang sini pun suka berjemur.Maka,berkuranglah iman orang-orang yang tak menahan imannya..(faham2 je lah).Bbq pun dah masak.Mari kita makan...Wah...seronoknya.Di Malaysia pun tak pernah begini..Lepas makan ada yang masuk air lagi...ehe...Merasalah air tu puas2..Tak lama lagi tak boleh dah nak seronok2 macam ni...hehehe..
Safiyyah betul-betul kepenatan sampai tertidur..dan makcik2 pun sama...
Kak Ana(mama Safiyyah)kelihatan gembira bersama kami.Yang terharunya,dia kata seronok dapat kenal kami,sedih nak tinggalkan kami.Tahun ni,Kak Ana nak balik Malaysia..Kami pun sedih juga nak berpisah..Setiap pertemuan kan pasti ada perpisahan...Sabar ya...(maaf ustz Adzam,kami ajar Kak Ana macam2..jgn marah...).
Pukul 1.30 tengahari kami berkemas untuk pulang.Ops,masing-masing dah terbakar...Mujur tak teruk...jangan risau ya semua...lepas ni tak perlu keluar rumah untuk menormalkan kulit anda.Tak keluar rumah?Rasanya banyak lagi program yang bakal menyusul..heheheh
Apa2 pun kami berasa sangat gembira sepanjang program yang begitu santai ini.Terasa hubungan sesama akhowat bertambah rapat dan teguh.Terima kasih kepada semua kerana dapat menjayakan program yang sememangnya berjaya ini.Jangan cemburu ya kakak2 di Malaysia....:))

candid!semuanya ceria.....


wah...lajunya bot tu...!


sibuknya kak Ana membakar ayam...


pantai yang permai.....

Ukhuwwah fillah selamanya.......



Saturday, August 4, 2007

Ayahku Wiraku

Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga ana tak update.Kali ini,ana nak masukkan entry tentang ayah ana.Hmm…saat ini, ana betul-betul rindukannya…..

Ana kagum dengan ayah.Banyak perkara.Ketabahannya,keberaniannya,kasih-sayangnya…he is my hero..

Ana ingat lagi,sebelum ana memasuki kursus untuk melanjutkan pengajian ke Morocco.Tatkala ana mengemas beg,ayah mendekati ana.Kata ayah:"Betul ke Kak Ila nak tinggal ayah?Dah fikir betul-betul?"Ana senyum sambil tahan sebak."Ala ayah..ramai lagi anak ayah…"Ayah tergelakBergolak betul perasaan ketika itu. kecil.

Ana selalu menangis bila ayah marah.Kadang-kadang ana rasa ayah tak sayang ana..Padahal,ana memang nakal..memang patut kena marah.Ana tanya juga kenapa ayah selalu marah ana.Ayah jawab dengan nada bergurau,"Sebab nanti kalau Kak Ila dah jauh,ayah tak boleh marah"

Dalam adik-beradik ana,rasanya ana paling nakal..Sebab itulah ayah lepaskan ana belajar luar negara.(hehehe).Ana ingat lagi ayah pernah kata,ayah percaya pada ana.Ayah selalu lepas ana pergi jauh-jauh.Ayah kata,ana sulong biasanya panjang akal.(ana anak perempuan sulong).Jadi pandai-pandailah control dan jaga adik-adik.Waktu tu sebenarnya,ayah sedang tegur ana sebab biarkan adik-adik naik lif sendiri,nak melawat mak yang baru melahirkan adik baru di hospital.

Ya,ana akui ana nakal dan agak keras kepala.Ana akan dapatkan apa yang ana mahukan dengan memujuk ayah..Pujuk sampai dapat dengan apa cara sekali pun.Jarang tak dapat.Contohnya,ayah suruh ana masuk MRSM untuk ambil sains tulen.Tapi,ana tak boleh tinggalkan pembelajaran agama ana.Boleh ambil sains tulen,tapi mesti ada aliran agama.Itu syarat ana pada ayah.Ayah berharap ana masuk MRSM.Maaf ayah..hati ini keras nak meneruskan pengajian agama yang telah didedahkan sejak sekolah rendah lagi.Apa lagi,ana gunakan strategi untuk yakinkan ayah ana.Jenuh juga.Ambil masa.Tapi akhirnya,ayah meredhai kehendak ana..Alhamdulillah…berkat tak putus asa.

Ayah memang sayangkan anak-anak tanpa berbelah-bahagi.Mak pernah kata, ayah memang lemah dengan anak-anak.Kemahuan anak-anak cepat benar dituruti.Anak-anak sakit,terus bawa ke klinik tanpa berlengah.Anak-anak perlukan wang cepat sahaja dihulurkan..Sayang sungguh pada ayah..

Ayah memang rajin.Baru-baru ni,ayah dapat anugerah pekerja paling cemerlang..Wah..mabruk..Bangganya anakmu ini.Dari segi masa,ayah cukup berdisplin.Ayah cukup tegas.Ayah selalu ingatkan ana tentang kepentingan masa.Thanks ayah…sampai sekarang ana pegang peringatan.itu.Ya ayah,masa itu terlalu penting.Kalau kita tak memotongnya,kita akan terpotong olehnya…

Mak pernah cerita,masa ana belum lahir,ayah pernah mahu dihantar ke Bosnia Herzegovina untuk menjalankan misi keamanan.Sewaktu itu,bumi Bosnia sedang bergolak.Entah bagaimana ayah tidak jadi pergi..ana pun tak tahu kenapa…Kalau ayah pergi..wujudkah ana?Ajal mautkan di tangan tuhan…..Alhamdulillah…

Ayah suami mithali.Selalu tolong mak.Hari-hari ayah basuhkan kain(dalam mesin basuh).Lepas itu,jemur kain.Ana tolonglah sekali..tapi rasanya,ayah lebih rajin daripada ana.Kadang-kadang,ayah boleh kemas satu rumah berseorangan.Memang kalah ana..Bila emak kena pergi kursus,ayah jaga kami.Selalunya ayah selalu bawa kami jalan-jalan sementara emak berkursus.Ayah selalu suruh kami bersenam.Setiap minggu,kami akan dibawa berjogging.Sudah menjadi rutin kami sekeluarga setiap minggu.Ayah berpesan pada ana,di Morocco pun,ana kena bersenam.Tapi,ana tak bersenam pun.Entah bilalah ana nak bersenam.Anak ayah yang seorang ini malas sikit..hihi..agaknya,ayah marah tak kalau dia tahu?

Banyak lagi ingin ana ceritakan.Ana nak sambung di entry lain pula…Tunggu…Ana harap ayah ana sentiasa bahagia walaupun ana tiada di sampingnya…Semoga ayah sentiasa dilimpahi kasih-sayang Allah...Ameenn...


emak,adik,ayah..

Thursday, July 26, 2007

Sepetang di Haflah Ikhtitam

Bismillahirrahmanirrahim...


Lama betul ana tak update blog ni.Akhir-akhir ni ana sibuk sikit.Nak masukkan entry pun tak berpeluang.Alhamdulillah,sampai hari ni,baru ada kesempatan.

Semalam telah berlangsungnya majlis penutup kelas al-quran.Alhamdulillah,sepanjang 40 hari kelas ini berlangsung,banyak faedah yang diperolehi.Qiraat warsh,tajwid dan hafaz quran.Selain itu,dapat juga ana praktikkan Bahasa Arab.Kanak-kanak suka bercakap dengan kami.Nampaknya,mereka berminat belajar Bahasa Melayu.(Tak pasal ana jadi guru Bahasa Melayu tak rasmi..ehe..)
Takut juga kalau hafalan ana hilang.Insyaallah ana akan praktikkan.Pesan asatizah,ayat-ayat quran yang dah dihafaz mesti dipraktikkan.Kalau tidak,dia akan hilang.Mmm..Ramadhan nanti,ada musabaqah.So,ana kenalah mantapkan hafalan ana.

Hajah Rasyidah,sohibatul masjid yang menganjurkan program ini.Jazakillahu khairan kathira..



Diberi penghormatan untuk berucap(first time berucap depan orang arab..ehe..)



Hassan(kanak-kanak 12 tahun berbaju putih) suaranya yang merdu melantunkan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pembuka tirai majlis..



Suasana majlis ketika penyampaian hadiah..


~Bersama mendidik generasi al-Quran~





Monday, July 16, 2007

selamat menyambut bulan rejab

Sedar tak sedar,kita dah melangkah ke bulan yang ke-7 dalam kalendar islam iaitu bulan Rejab.Terdapat banyak kelebihan bulan ini:

"FADHILAT BULAN REJAB - Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.


FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

sekilas kata

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah ana menyiapkan blog yang serba ringkas ini.Rasanya,sudah lama blog ini tertangguh di atas kesibukan diri ana sendiri.Tapi akhirnya ia terhasil walaupun tak seberapa.Blog ana perlu perisian lagi.Insyaallah,sedikit demi sedikit ana akan menambahbaikan blog ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan blog ini,terutama ahlul bait ana sendiri.Sabar sungguh mereka dalam melayan kerenah ana(hehehe).
Tercetusnya idea untuk membina sebuah blog di atas keinginan ana untuk berkongsi ilmu pengetahuan,artikel,isu semasa,perbincangan,pendapat dan pengalaman dengan semua orang.Ilmu di dada perlu diisi setiap hari,dan ilmu yang ada perlu diamal dan dimanfaatkan kepada diri sendiri dan orang lain.Sabda Rasullullah s.a.w:
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"
Mengambil kata pujangga,Amir Shakib Arselan:
"Manusia yang hidup mesti berjuang,kalau tidak dengan senjata,berjuanglah dengan pena"
Akhir kalam,segala pandangan antum ana terima dengan besar hati.Salam pena buat semua..

~lakukan sesuatu hanya kerana Allah.di sana pasti ada redha~