Thursday, April 24, 2008

Ujian datang,sabarlah hati!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sangat bersyukur kerana masih diberi nafas kehidupan di muka bumi yang fana ini.Terasa kejam pula bila mengabaikan blog ini terlalu lama.Penyakit malas sering datang.Ubat mujarab ada,tapi susah nak ambil.Mungkin disebabkan oleh virus nafsu jahat.Musibah,musibah....

Sedang berada di zon tension.Alhamdulillah,dapat dikawal.Sekarang,fatrah imtihan,juga fatrah mihnah.Tatkala rancak berlangsungnya musim peperiksaan di universiti,ana dikhabarkan dengan berita keuzuran atuk kesayangan.Tanya emak,seriuskah atuk?Emak menjawab,agak serius.Sekarang hampir dua minggu di hospital.(rasa nak terembes pula air mata)

Berikut adalah dialog ana dengan emak melalui telefon:

Ana :Ma,atuk dan opah sihat?
Emak:Mmm..atuk di hospital sekarang.Dah nak masuk dua minggu.

Ana :Ha?
Emak:Atuk sakit darah tinggi.Terlantar saja di atas katil.Tak mampu sangat nak bercakap.
Lepas seminggu,baru ok sikit.Dia nak sangat balik rumah.Doktor buat check-up sekali
lagi.Masalah lain pula timbul.Pundi kencing atuk rosak.Terpaksa ditahan lagi.Doktor
pakar akan lakukan pembedahan sekiranya perlu.

Ana :(tahan sebak dan kawal suara)Opah mana?
Emak :Opah tinggal di rumah kita sekarang.Opah pun sakit-sakit.Biasalah,orang tua.Mestilah
sakit-sakit.Kita doakan saja mereka.Ma pun baru balik dari jenguk atuk.Esok nak pergi
tengok lagi.

Ana :(Diam.Air mata dah bertakung.Sangat sebak)
Emak :Ila?

Ana :Ya.Ma,musim periksa sekarang.Doakan Ila...(tukar topik)
Emak :Ya,sayang.Buat betul-betul ya nak.Abang pun tengah periksa.Doakan dia sekali.Ma
tak pernah lupa doakan Ila.

Ana :Ok.(Ma ni,buat ana makin sebak)
Emak :Jaga diri sayang..Assalamualaikum,bye.

Ana :Waalaikumsalam,bye.

Evoiz dimatikan.Termenung sebentar depan laptop.Perasaan berbaur.Macam-macam perkara tidak elok bermain di fikiran.Air mata sudah deras menuruni pipi.Nauzubillahi min zalik....
Ketika ini hanya teringat al-Khaliq.Kebetulan masih berada dalam wudhuk.Waktu dhuha masih ada.Lantas mengangkat takbir untuk melaksanakan solat sunat yang sangat dituntut itu.Sedari takbir diangkat,air mata tidak dapat ditahan lagi.Terasa lapang sedikit dapat mengadu pada al-Khaliq.Terasa bebanan perasaan ini hilang sedikit demi sedikit.Sujud sengaja dipanjangkan.Air mata asyik mengalir.Merayu pada-Nya supaya tabahkan atuk.Juga tabahkan kami sekeluarga.Supaya redha dengan ujian yang datang melanda.Supaya tidak dipesongkan hati kami dek cabaran dunia yang baru sedikit....

"Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."(surah al-syarh:ayat 8)

Ana cuba lempar jauh-jauh rasa tak sedap hati ini.Teringat pesanan seorang ustaz ana sebelum berangkat ke Morocco,kita pergi belajar diluar negara,bererti kita kena redha terhadap semua perkara yang berlaku di kalangan ahli keluarga kita,saudara mara,sahabat serta semua yang kita kasihi di tanah air.Segalanya perlu diserah dalam jagaan Allah Taala disamping doa yang tak putus-putus.

Bermonolog juga di dalam hati,masih berbaki setahun di Morocco ini.Mudah-mudahan tak tersangkut dalam peperiksaan dan permudahkan segala urusan.Ingin ana katakan,bertahanlah atuk!Sayu hati ini bila emak menceritakan bahawa atuk sering bermimpi ana sejak akhir-akhir ini.Pernah atuk sendiri berkata kepada ana melalui corong telefon di malam raya aidilfitri yang lepas,"tahun depan kita raya sama-sama ya,dah tak lama cucu atuk kat sana,"ana sebak sahaja,tapi atuk dah menangis.(aduh,sebaklah pula.)Atuk sangat cergas dahulu.Sepanjang ana berada di Morocco,atuk sering jatuh sakit.Ya,atuk sudah semakin tua.Melalui foto yang dihantar oleh adik melalui photo sharing dalam Yahoo Messenger,jelas nampak perubahan.Wajah atuk semakin ditelan usia.

Namun,Allah lah yang menentukan segalanya.Kita hanya merancang.Semuanya kehendak-Nya.Semua miliknya.Kita tidak tahu ajal kita.Realitinya,jika tidak orang di sana pergi dahulu,orang di sini akan pergi dahulu.Uzakkiru nafsi ma'akum,ajal tidak mengira siapa,baik muda,sihat,tua,mahupun sakit.Apa yang penting adalah persediaan menuju kematian.Juga yakin bahawa setiap sesuatu adalah kepunyaan mutlak Ilahi.Berdoa dan bertawakkallah...

".....Katakanlah:Cukuplah Allah bagiku.Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri."(surah al-zumar:ayat 38)

Sangat bimbang untuk mengetahui perkembangan atuk dari semasa ke semasa....doakanlah supaya atuk cepat sembuh.Semoga penyakit ini menjadi kafarah bagi dosa-dosanya.Syafahullahu syifan ajilan syifan la yughadiru ba'dahu saqaman(semoga Allah menyembuhkannya dengan secepatnya,dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya)Amin...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(surah al-baqarah:ayat 286)