Thursday, July 17, 2008

Perpisahan yang sementara

Bismillahirrahmnirrahim.

Berakhir sudah majlis konvokesyen petang tadi. Cuma meraikan.Bukan diraikan.Kalau tiada aral,ana pula menjadi yang diraikan tahun 2009 nanti.Insyaallah.
Penat sungguh menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang ini.Tapi penat seolah-olah dibawa pergi oleh pujian dari pelbagai pihak.Tahniah diucapkan kepada semua AJK pelaksana yang sangat bertungkus-lumus.Syabas kerana masih berdiri teguh walaupun mendapat kritikan.Pesan ana,pandanglah kritikan itu secara positif,walaupun kritikan itu mempunyai kekuatan yang mampu meruntuhkan semangat kita.
Cemburu melihat para senior memakai jubah konvokesyen dan bergambar sana-sini.Memang terpancar seri luar biasa dari air muka mereka.Dalam diam,hati sendiri dipujuk,"tahun hadapan saja lagi,belajarlah dengan sungguh-sungguh.Yang penting,ikhlas kerana Allah taala."
Tamatnya program ini bermakna hari perpisahan semakin hampir.Tahun ini mencipta sejarah tahun paling ramai pelajar Malaysia di Maghribi bercuti dan pulang ke tanah air.19 Julai 2008 bersamaan lusa,ana,Kak Ti dan Nisah akan ditinggalkan oleh Kak Fie,Kak De dan Zahirah.Mereka akan pulang ke Malaysia.Syahirah pula telah ke United Kingdom 2 hari lepas.(mendapat panggilannya 5 minit sebelum muktamar sesi petang bermula,tak sangka pula mengalirkan air mata.:))
Walaupun perpisahan ini hanya bersifat tiga bulan,tetap berasa sedih.Mana tidaknya,hubungan sudah seperti adik beradik.Saling suka mengusik,bergaduh manja dan buat-buat merajuk.Ya,riuh rendah rumah dengan suara-suara kami.Sepanjang 3 bulan 4 orang ini tiada di rumah mesti rasa sunyi.Kami bertiga sudahlah pendiam(kononnya).Para akhowat di bumi Maghribi hanya tinggal 14 orang.Mesti tiada sangat program persatuan berlangsung.Aduh,ana bukan boleh sunyi-sunyi.Mesti rasa sedih.
Hanya tinggal sehari untuk bersama Kak Fie,Kak De dan Zahirah,housemates yang amat disayangi.Itupun esok mereka sibuk.Ana berasa senang untuk menghantar mereka ke lapangan terbang walaupun berat hati juga.3 bulan memang sangat sekejap.Semoga tiada halangan untuk kita berjumpa lagi selepas jangka masa ini.Segala tingkah laku yang kurang menyenangkan selama ini harap dimaafkan.Halalkan juga segalanya.
Ana merasai kemanisan ukhuwah.Juga merasai pahitnya perpisahan.Harap sangat dapat jumpa lagi,dengan izin Allah.Entah mampu entah tidak kami menguruskan hal-hal berkaitan rumah ini dengan keadaan bertiga.Doakan kami dipermudahkan.
Kepada yang pulang ke Malaysia,curahkan bakti anda kepada anak bangsa.Sementara kami akan meneruskan perjuangan di bumi Maghribi ini.
Ingin mencoret lebih panjang,tapi rasa sungguh mengantuk.
Wallahu a3lam......

Sunday, July 6, 2008

Nantikan...Pengalaman di Andalusia

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...masih merasai nikmat Allah Taala yang tak pernah putus.
Marhaban ya saif,rihuka tahmilu alf sa'adah ilayya!
Saif bermakna musim cuti bagi para mahasiswa di Bumi Maghribi.Juga mahasiswa di Timur Tengah dan Eropah.Nama saja cuti,pelbagai aktiviti menarik timbul dalam fikiran.Aktiviti yang bakal dilaksanakan ana rancang dengan rapi.Ya,semestinya aktiviti yang paling digemari atau kata lainnya hobi sedari kecil,iaitu melancong.Seronok!
Minggu kedua selepas bermulanya cuti ana berpeluang menjejaki Bumi Andalusia.Subhanallah,kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata.Allah memberi peluang yang sangat manis ini kepada ana.Alhamdulilllahi Rabbil 'Alamin........
Nantikan pengalaman ana sepanjang berada di Andalusia dalam entry akan datang..Ma'as Salamah...